RENUNGAN

Hidup ini perlukan pedoman

PETUA

Semoga galeri petua kami akan memberi manfaat kepada anda

BLOGGER TUTORIAL

Dapatkan tutorial di sini..Sebarang permintaan tutorial akan cuba dilaksanakan..

PETUA MENJAGA TANGAN


Tangan Mengelupas Selepas Menggunakan Bahan Pencuci

1. Lumurkan asam jawa pada tapak tangan. Biarkan ia seketika. Kemudian bersihkan dengan air biasa.
2. Hancurkan buah belimbing buluh dan lumurkan pada tangan. Biarkan selama setengah jam. Kemudian basuh tangan anda dengan air biasa.

Melembutkan Tapak Tangan

Lumurkan tangan anda dengan hampas kelapa dan minyak kelapa. Biarkan ia seketika sebelum dicuci dengan air.

Tangan Terluka

Lumatkan sebiji bawang kecil bersama-sama dengan gula pasir. Kemudian balutkan bahan itu ke tempat yang terluka. Insya-Allah, darah akan berhenti.

0 Yang Dah Komen: